Indie Zine Dot Net Blogs

Movie Review: KAMI The Movie

Date : 10th / October / 2008 | Author : admin

Film: KAMI The Movie
Produce by: Grand Brilliance & Red Films
Cast:
Liyana Jasmay - Lynn
Syarul Ezani – Ali
Nas T – Abu
Juliana Evans – Sofie
Zayanah Ibrahim – Adii
Zahiril Adzim – Boy
Rozie Rashid – Mak Lynn
Mustapha Kamal – Ayah Ali
Norish Karman – Ibu Ali
Susan Manen – Ibu Sofie
Fathil Dani - Ayah Abu
Dian P. Ramlee – Ibu Abu

Director: Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak

Imbas kembali:
Aku sure korang sume da tengok filem KAMI The Movie kan di hari raya? Apa lagi yang boleh diceritakan kehebatan watak Lynn, Ali, Abu, Sofie & Adii. Ingin mengetahui biodata mereka? Anda boleh klik disini: Cast KAMI The Movie. Mengimbas kembali story tentang KAMI ini; bermula dari seorang remaja yang bernama Lynn, seorang gadis yang bijak speaking omputih yang mempunyai minat dalam journalism. Dengan minat tersebut beliau telah menghasilkan satu fanzine yang dinamakan KAMI dan menggunakan nickname Teka-Teki.

Dengan fanzine tersebut beliau menemui Ali, Abu, Sofie & Adii. Segala pertemuan 5 sahabat ini ada ditontonkan dalam permulaan cerita KAMI TV Series. Kalo korang tak pernah tengok cerita KAMI TV Series, VCD KAMI TV Series ada dijual dipasaran.

Permulaan cerita KAMI The Movie pula; adalah sambungan perjalanan hidup Lynn, Ali, Abu, Sofie & Adii. Kehidupan mereka selepas SPM. Lynn meneruskan minat journalism nya sebagai freelancer yang menulis artikel tentang album band indie di majalah JUNK & still lagi menggunakan nickname Teka-Teki.

Ali pula meneruskan kehidupan beliau dengan bekerja sebagai perunding di syarikat perlancongan dan beliau memang tak suka pekerjaannya! Ali still lagi bermain untuk band yang dikenali sebagai “The Disaster”. Korang patut tengok reaksi Ali bertapa bengangnya dia membaca review bandnya daripada Teka-Teki hahaha! Pada waktu yang sama juga family Ali telah berpecah-belah kerana ibu bapanya telah pun bercerai.

Tentang Abu a.k.a si pelawak dalam KAMI The Movie ini still lagi suka membuat kawan-kawannya ketawa. Korang yang da menonton pun pasti akan ketawa juga dalam wayang hahaha! Si Abu tak sempat amik SPM sebab beliau melarikan diri di Pusat Tahanan Juvana atau nama lainnya Pusat Pemulihan Akhlak (kot). Perangainya “nakalnya” yang suka mencuri (lagi) pun ada ditunjukkan dalam KAMI The Movie, hehe.

Sofie pula yang “terpaksa” bersama si zarul dan pada waktu yang sama Sofie masih merindukan Ali. Sofie dalam wataknya seorang yang pintar dalam pelajarannya mendapat peluang untuk melanjutkan pelajarannya tetapi dihalang ibunya kerana tidak sanggup berjauhan dengan anaknya.

Sementara Adii, yang Happy-Go-Lucky wataknya still suka “berchatting” dalam internet untuk mencari pasangan hidup (nak cari pefect guy) selepas blind date bersama Vanilla Ais tak kesampaian. Sapa Vanilla Ais tuh? Korang kena tengok juga la KAMI TV Series tu, heh. Dalam KAMI The Movie ada satu babak blind date Adii bersama seorang pakcik yang kononnya hensem masa dorang “berchatting”. Nasib baik Abu jadi penyelamat dalam babak tersebut. Abu, kau memang BEST! Hahaha!

Antara babak menarik yang perlu ditontoni dalam KAMI The Movie:

Filem yang bertemakan persahabatan ini WAJIB ditonton untuk pencinta-pencinta scene indie di Malaysia. Runut Muzik dari band-band indie tanah air seperti Couple, Lailas Lounge, Meet Uncle Hussain, They Will Kill Us All, Hujan, Twickheads dan banyak lagi band indie terdapat dalam KAMI The Movie. Setiap lagu dari band indie yang terlibat akan dimainkan untuk setiap satu babak di KAMI The Movie.

p/s: Harap Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak dapat memperbanyakkan karya-karya sebegini untuk scene indie di Malaysia.

For more info, just click to:
KAMI The Movie Official website

KAMI The Movie Production Shots

Tags: ,

Category : Movie, film

14 Comments » on “Movie Review: KAMI The Movie”


  1. zard says:

    hidup indie!
    rugi sape x pegi kami the gig tour!!
    support our local acts

    October 11th, 2008 1:22 pm

  2. fara says:

    yay! citer kami sangat best!
    dari 5 bintang, aku kasi 12 bintang.
    lol

    October 11th, 2008 9:18 pm

  3. kurt says:

    KAMI=indie freak poser

    October 15th, 2008 7:11 pm

  4. nyna says:

    8O :mrgreen: jom………komplot ramai2!!!

    October 16th, 2008 6:00 pm

  5. barry says:

    heyyy sapa dahh dapt vcd kami the move…plz can`t u add me i won la tu vcd…..add me blangka_18@yahoo.com

    December 11th, 2008 7:17 am

  6. ameerahanies says:

    citer KAMI memang meletop ar…rugi saper yg x tengok…

    December 14th, 2008 7:57 am

  7. RED says:

    aku dh tgok cite ni..
    mmg xrugi la duet tiket wayang aku..
    hahaha..best2

    December 29th, 2008 2:53 am

  8. eyra says:

    kami the movie best gler..
    tapi..bile nak kuar kat vcd??
    tguu lameyeeer…

    January 10th, 2009 2:44 am

  9. vanilla ice says:

    KAMI best giler….

    January 25th, 2009 9:50 pm

  10. phaTt says:

    well.. 1st of all..
    it’s diferent from all the series convert to movie like “Dunia Baru” , “Gerak Khas” and etc…..

    pretty well done script.. awesome.. i would pretty much like to be “abu” in the film..
    good actors, got real “life” in the movie.. really.. AWESOME!!

    well,
    that was my comment about the movie..
    c’ya….

    January 27th, 2009 3:03 pm

  11. adii says:

    kami the movie mmg gempaq abis r..watak nas-t mmg best..

    January 30th, 2009 1:27 am

  12. lindo says:

    spe x tgk mmg rugi lor..
    siyez gle bez!!
    indie i2 indah beb..
    heeee :mrgreen:

    March 30th, 2009 8:26 pm

  13. alin says:

    best giler ark cete kami nie.aku sokong korg,,, ;)

    May 21st, 2009 12:41 am

  14. actionkamen says:

    cite kowank memg gempak seyh..ako fanatic giler ngan kowank..i love nas-t damn much..kowng hot stuff..teruskan ushe kowank k,
    xoxo :-P

    November 21st, 2009 8:15 pm

Leave a Reply




XHTML: You can use this tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>